fbpx

Inter ke final, impi gelaran juara Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ

MILAN – Penyerang utama Inter Milan, Lautaro Martinez menganggap ini adalah peluang keemasan buatnya untuk menebus kekecewaan tewas di final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dua tahun lalu.

Ketika itu, Martinez gagal beraksi pada tahap sebenarnya yang menyaksikan Inter kempunan bergelar juara UCL apabila tewas 0-1 kepada Manchester City pada final berlangsung di Istanbul, Turkiye.

Kini, penggempur Argentina itu mahu memastikan impiannya menjuarai UCL menjadi kenyataan selepas mara ke final edisi kali ini hasil kemenangan 7-6 ke atas Barcelona secara agregat.

Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 4-3 Inter pada aksi separuh akhir kedua di Stadium San Siro awal pagi tadi selepas kedua-dua pasukan seri 3-3 di Barcelona minggu lalu.

Menariknya, Martinez mendedahkan dia ‘menangis selama dua hari’ di kerana menjangka terlepas aksi penting bertemu Barcelona itu disebabkan kecederaan otot dialami sewaktu separuh akhir pertama.

Bagaimanapun, mesin gol berusia 27 tahun itu tetap diturunkan dalam kesebelasan utama sehinggakan berjaya memainkan peranan penting meledak satu gol selain turut berjaya meraih sepakan penalti.

“Saya hanya duduk di rumah dan menangis selama dua hari kerana begitu kecewa jika tidak dapat beraksi. Saya sedar keadaan saya tidak berada pada tahap 100 peratus dalam perlawanan ini.

“Inilah keindahan bola sepak kerana kita tidak tahu apa akan berlaku jika anda berikan segala-galanya. Saya tidak kisah bertemu pasukan mana kerana saya tahu Inter akan menang di final,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI