fbpx

Bunuh bapa mentua: Operator pengeluaran kilang didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V.KARTHIY didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa mertuanya dengan menumbuk dada dan memukulnya dalam kejadian pada akhir bulan April lalu. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang operator pengeluaran kilang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa mentuanya dengan menumbuk dada dan memukulnya dalam kejadian pada akhir bulan April lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, V.Karthiy, 32, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hazeelia Muhammad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menumbuk dada bertubi-tubi dan memukul dengan menyebabkan kematian mangsa P. Sasi Kumar, 52, lebih kurang pukul 2.30 petang di Taman Rahang, di sini pada 27 April lalu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili peguam, A.R Thamayanthy.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI