fbpx

Polis trafik didakwa bunuh lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuching pagi tadi untuk pertuduhan kerana menembak mati seorang lelaki pada 26 April lalu.

KUCHING – Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa di Mahkamah Majistret Kuching hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dengan cara menembak mangsa pada 26 April lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Genesis Nitchell David Reddy, 30, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh mangsa yang berusia 34 tahun, dalam kejadian di Jalan Stephen Yong kira-kira pukul 5.30 pagi.

Tiada pengakuan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali serta mahkamah tidak menawarkan jaminan.

Mahkamah menetapkan 10 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia lengkap bagi membolehkan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang ditahan sejak 28 April lalu, hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi dengan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Russell Lim dan Brandon Ting.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi pada 26 April, mangsa meninggal dunia dengan dua kesan tembakan di kepala dan lengan kanan akibat ditembak suspek.

Ketika kejadian, mangsa sedang menaiki sebuah kenderaan bersama dua lagi rakan dan mayatnya kemudian dibawa mereka ke Balai Polis Batu Kawa untuk membuat laporan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat rasa tidak puas hati antara kedua-dua kumpulan disebabkan tindakan memotong kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI