fbpx

Anggota polis maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membantu menutup mayat anggota polis yang maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 282.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke susur keluar Plaza Tol Nilai, petang tadi.

SEREMBAN – Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 282.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke susur keluar Plaza Tol Nilai di sini, pada jam 2.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang juga seorang anggota polis berumur 31 tahun dan menunggang sebuah motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Nilai.

“Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kanan jalan.

“Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,”katanya.

Beliau berkata, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI