fbpx

Amerika capai gencatan senjata dengan Houthi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal Galaxy Leader yang dirampas oleh Houthi menghampiri pelabuhan di Hodeida, Yemen pada November 2023. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan berhenti menyerang pemberontak Houthi di Yemen, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Pengumuman dibuat kerana puak Houthi ‘menyerah’  selepas Oman mengumumkan gencatan senjata dicapai antara militia disokong Iran tersebut supaya berhenti menyerang kapal dagang di Laut Merah.

“Puak Houthi tidak mahu berperang dan kami akan menghormatinya (gencatan senjata). Kami akan menghentikan pengeboman dan mereka menyerah kalah,” kata Menteri Luar Oman bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney di White House. 

Perjanjian itu bermakna kedua-dua belah pihak tidak akan menyerang satu sama lain bagi memastikan kebebasan navigasi dan aliran perkapalan komersial antarabangsa yang lancar.

Washington meningkatkan serangan udara terhadap militia Houthi pada Mac lalu, dengan tentera AS menyerang 1,000 sasaran di Yemen sejak itu.

“Puak Houthi mengumumkan kepada kami bahawa mereka tidak mahu berperang lagi. Kami akan pegang kata-kata mereka,” kata Trump di pejabat rasminya, Oval Office. 

Menteri Luar Oman, Badr al-Busaidi berkata,  negaranya menjadi pengantara dalam usaha untuk mencapai gencatan senjata tersebut.

“Pada masa depan, kedua-dua pihak tidak akan menyasarkan satu sama lain termasuk kapal AS di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandab bagi memastikan kebebasan pelayaran dan aliran perkapalan komersial antarabangsa yang lancar,” katanya.

Houthi mula menyasarkan kapal dagang dan kapal tentera AS perang Gaza tercetus sebagai solidariti dengan rakyat Palestin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI