fbpx

Alexander-Arnold tak kisah persepsi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD dikatakan bakal menyertai Real secara percuma apabila kontraknya berakhir bulan depan.

LIVERPOOL – Pertahanan berpengaruh Liverpool, Trent Alexander-Arnold hanya mahu menikmati hari-hari terakhirnya bersama juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kerana tidak mampu menyekat segala persepsi buruk dilemparkan terhadapnya.

Bintang yang diangkat daripada akademi itu berharap semua pihak tidak terlalu beremosi dan wajar meraikan musim penuh gemilang dicipta pasukan pada musim ini.

“Segala keluh kesah tidak akan menafikan fakta apa yang kami sudah capai musim ini dan saya harap orang tidak memikirkan tentang perkara ini terlalu lama.

“Jangan biarkan semua ini membayangi apa yang kami telah raih sebagai satu pasukan pada musim ini.

“Kamu boleh marah dan berasa sakit hati dengan saya tetapi saya berharap semua orang sedar betapa bagusnya kami pada saingan musim ini hingga dapat merasai sendiri sokogan daripada semua peminat,” katanya.

Terdahulu, Alexander-Arnold membuat pengumuman akan meninggalkan The Reds dan dia dijangka menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid secara percuma pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka semula pada Julai depan.

Bek kanan kreatif berusia 26 tahun itu mengakui sukar untuk berhijrah keluar meninggalkan Anfield tetapi keputusan perlu dibuat demi masa depan kariernya.

“Banyak perkara yang saya mahu sampaikan kepada penyokong, paling utama adalah ucapan terima kasih.

Saya harap mereka dapat rasanya sokongan mereka sudah terbalas di mana saya sudah lakukan sehabis baik buat kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI