fbpx

25,000 orang khayal, polis bakar 20 tan ganja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membakar 20 tan ganja di perkampungan Kutu, wilayah Diyarbakir pada 18 April lalu. - Oddity Central

ANKARA – Seramai 25,000 penduduk wilayah Diyarbakir, Turkiye berhalusinasi tanpa sengaja selepas polis membakar rampasan 20 tan ganja, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Kejadian berlaku dekat perkampungan Kutu  18 April lalu dengan  asap tebal menyelubungi kawasan sekitar. 

Pembakaran itu menyebabkan orang ramai terpaksa menutup tingkap dan berkurung di dalam rumah kerana bimbang mengalami gejala seperti pening, loya dan halusinasi. 

Ganja seberat 20 tan itu dianggarkan bernilai 10 bilion lira (RM1.1 bilion) dan dirampas dari seluruh wilayah Diyarbakir pada 2023 dan 2024. 

Seorang penduduk berkata, bau ganja hangus menyelubungi daerah itu selama beberapa hari. 

“Kami tidak boleh membuka tingkap. Anak-anak kami jatuh sakit menyebabkan kami kerap berulang-alik ke hospital,” tambahnya. 

Pengerusi Persatuan Yeşil Yıldız, Yahya Öğer berkata, cara pemusnahan ganja itu adalah salah, terutamanya apabila pihak berkuasa menyusun ganja-ganja itu untuk membentuk perkataan ‘Lice’. 

“Pembakaran itu mungkin dilakukan sebagai langkah pencegahan, tetapi hakikatnya ia membawa ketidakselesaan serius kepada penduduk setempat akibat bara dan bau ganja hangus,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI