fbpx

[VIDEO] ‘Terang-terang langgar lampu isyarat, harap pak cik ok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta berwarna hitam melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan terhadap seorang penunggang motosikal.

PETALING JAYA – Sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat telah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tercampak di persimpangan menuju ke arah Kampung Bakar Batu di Johor, semalam.

Menerusi hantaran pemilik akaun @anthraxxx781 di platform X, kejadian yang berlaku kira kira pukul 7.36 pagi itu turut dirakam kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan kereta berwarna hitam berkenaan memecut laju sehingga hilang kawalan menyebabkan terjadinya kemalangan terhadap penunggang motosikal tersebut.

Insiden itu menarik perhatian ramai, rata-rata netizen bersetuju dengan kapsyen yang ditulis pemilik akaun di hantaran tersebut.

“Orang yang langgar lampu isyarat harus dikenakan hukuman berat,” katanya.

Dalam pada itu, ramai turut mengecam tindakan pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat sekali gus menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal tersebut.

“Apa salahnya bersedia untuk berhenti bila lampu kuning, tunggu sekejap bila lampu merah. Tak rugi apa pun. Sekarang langgar orang, apa nak kata? Terang-terang langgar lampu isyarat. Harap pak cik tu masih hidup,” kata @finisaini.

“Sebab itu bila lampu hijau jangan jalan terus tengok dulu kiri kanan ini yang aku selalu praktikkan, sama juga bila ada yang beri ruang untuk kita masuk simpang terutama lori. Kena hati-hati,” komen @Anuar9611.

“Betul, tak pasal-pasal pak cik tu kena langgar pula,” tulis @baterikudotcom. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI