fbpx

Tiga pemain negara perkuat Melaka Titans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAMUDDIN menyerahkan kontrak kepada Syahir Mohd. Rosdi pada majlis menandatangani pemain di Balai Baruh Alai, Telok Mas semalam. - AMRAN MULUP

MELAKA – Tiga pemain kebangsaan menjadi sandaran Melaka Titans untuk kembali menjuarai Divisyen Satu Liga Sepak Takraw (STL) yang akan diadakan di Stadium Tertutup Sukpa Kuantan, Pahang bermula 28 Mei hingga 1 Jun ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, tiga pemain yang ditambat terdiri daripada tekong berbisa, Mohammad Syahir Mohd. Rosdi; perejam, Mohamad Azlan Alias dan pengumpan, Zaim Razali.

Menurutnya, kehadiran tiga pemain tersebut mampu menebus kekecewaan Melaka Titans yang sekadar menduduki tempat keempat pada Divisyen Satu musim lalu walaupun berstatus tuan rumah ketika itu.

“Kita tidak mahu kecewa lagi musim ini kerana kehadiran tiga tonggak ini mampu memastikan sasaran muncul juara Divisyen Satu menjadi kenyataan sekali gus melayakkan diri ke saingan Liga Premier.

“Saya tidak sangsi dengan reputasi Syahir dan Azlan Alias yang akan membawa cabaran negara di Piala Asia 2025 di Kuala Lumpur hujung minggu ini, manakala bekas pemain kebangsaan Zaim pula masih mempunyai sentuhannya.

“Kehadiran tiga tonggak ini akan menggegarkan Divisyen Satu STL di Kuantan nanti dan saya percaya kejayaan musim ini bakal milik Melaka. Ini bukan hendak rasa megah tetapi realitinya,” ujarnya selepas majlis menandatangani kontrak tiga pemain itu di Balai Raya Baruh Alai, di sini semalam.

Akramuddin berkata, kontrak ditandatangani ketiga-tiga pemain itu adalah untuk mewakili Melaka Titans sehingga Piala Tun Ali hujung Disember ini.

Tanpa memberitahu jumlah bayaran menambat ketiga-tiga pemain, itu beliau berkata, elaun berjumlah antara RM2,000 hingga RM3,000 akan mula dibayar kepada mereka bermula Jun sehingga Disember nanti.

Musim lalu, Melaka Titans menyandarkan gandingan Na Nongkhai (tekong), Rizal Maamor (apit kiri) dan Kamarulzaman hamir Akbar (apit kanan) tetapi sekadar menduduki tempat keempat selepas tunduk kepada Perlis Vipers 1-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Bagi edisi 2025, Melaka Titans diletakkan bersaing bersama Bomba Fighters, KPT-Masum Knights, Perlis Vipers, Sabah Mountaineers, PSM Mavericks, Pahang Mammoth, Penjara Enforcers dan Kedah Eagles. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI