fbpx

‘Temu Anwar’ satu platform penting – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program 'Temu Anwar’ di MSU, Shah Alam, Selangor semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan program ‘Temu Anwar’ merupakan satu platform penting.

Kata Perdana Menteri, ‘Temu Anwar’ membolehkan beliau bertemu secara langsung dengan rakyat, khususnya golongan belia dan mahasiswa.

“Ia memberi ruang kepada mereka bertanya soalan, menyuarakan pandangan serta mengemukakan cadangan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, dalam sesi ‘Temu Anwar’ di Management and Science University (MSU) beliau menekankan mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI)

Menurutnya, beliau turut menekankan tentang peralihan tenaga kerana dua bidang itu kini menjadi fokus utama perbincangan di peringkat global.

Katanya, beliau namun mengingatkan supaya tetap berpegang teguh kepada nilai budaya, akhlak dan akidah dalam meneroka bidang AI dan digital.

“Nilai-nilai inilah yang membentuk keharmonian masyarakat dan menjamin keseimbangan dalam pembangunan manusiawi.

“Saya juga memaklumkan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sedang merangka program lanjutan bagi memperkasa Program Felo Perdana.

“Sebagai satu inisiatif membuka lebih banyak peluang kepada anak muda menimba pengalaman secara langsung daripada barisan kepimpinan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI