fbpx

Tali gantung menanti lelaki Singapura edar, miliki 10kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAN CHOON dituduh memiliki 10kg dadah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki Singapura berdepan hukuman mati di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki dan mengedar pelbagai jenis dadah dengan berat kasar 10 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Tan Ban Choon, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Ban Choon yang tidak bekerja didakwa mengedar dadah jenis serbuk 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 10,024 gram (g).

Di Mahkamah yang sama, tertuduh turut berdepan empat pertuduhan memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 9 gram (g), kanabis (44g) dan serbuk 3,4 MDMA (6g) dan ketamin (31.30g).

Mahkamah menetapkan 29 Julai sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI