fbpx

Raducanu intai permulaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU bertekad menebus kekecewaan di Terbuka Madrid dengan menyasarkan kejayaan di Terbuka Itali selepas ini. - AFP

ROM – Emma Raducanu kembali ke Terbuka Itali selepas tiga tahun dengan tekad baharu dan menjadikannya sebagai medan untuk memulakan semula langkahnya dalam saingan elit.

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu mahu menebus kekecewaannya sewaktu Terbuka Madrid minggu lalu apabila melihat kempen kali ini sebagai titik perubahan terbaik dalam kariernya.

Bintang berusia 22 tahun itu akan berdepan pemain kelayakan pada pusingan pertama dan dijangka menentang pilihan ke-20 dunia, Ekaterina Alexandrova jika berjaya mara ke pusingan kedua.

“Segalanya terasa baharu di sini. Saya tak ingat pun lokasi kemudahan kerana semuanya seperti sudah dinaik taraf. Inilah cabaran segar yang saya perlukan,” katanya sebelum aksi pembukaan.

Kali terakhir Raducanu tampil di kejohanan berkenaan adalah pada 2022, namun terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika berdepan Bianca Andreescu di pusingan pertama.

Bagaimanapun, dia hadir kali ini dengan pendekatan lebih terbuka bersama jurulatihnya, Mark Petchey yang membantu memperkemas aspek taktikal dan pengurusan corak permainan.

“Saya dulu terlalu teknikal tetapi sekarang fokus kepada corak permainan, keberanian untuk mengambil bola awal dan ulang latihan yang boleh memberikan impak. Mark (Petchey) sangat bagus dalam hal ini,” jelas Raducanu.

Raducanu turut menyifatkan perubahan gaya latihannya ketika ini sebagai langkah penting untuk merapatkan jurang antara prestasi semasa dan sasaran jangka panjang yang ingin dicapai pada masa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI