fbpx
WEI ZHEN dituduh memiliki dan edar dadah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM

Peniaga didakwa miliki, edar 10kg MDMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas tiga tuduhan mengedar dadah dan memiliki dadah dengan anggaran berat kasar lebih 10 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Yean Wei Zhen, 34, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya disyaki jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 9.9 kg.

Wei Zhen didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 2.45 petang di tepi jalan Taman Mengkibol di Kluang, pada 23 April lalu.

Di mahkamah yang sama, lelaki itu turut berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis ketamin seberat 185.8 gram dan nimetazepam kira-kira 78.3 gram di lokasi dan masa yang sama.

Mahkamah menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI