fbpx

Peluang Forest ke UCL makin kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK Forest, Morgan Gibbs-White (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain Palace, Adam Wharton awal pagi tadi. - NFFC

LONDON – Harapan Nottingham Forest untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tampak makin pudar selepas hanya meraih keputusan seri 1-1 dengan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi tadi.

Hanya kemenangan mampu mengekalkan Forest dalam persaingan kelompok lima teratas yang menawarkan slot ke pertandingan utama Eropah dan kini pengendalinya, Nuno Espirito Santo meletakkan harapan besar untuk melihat kelab itu bersaing di pentas tertinggi.

“Kami mengawal perlawanan dan berjaya mencipta banyak peluang. Kami menunjukkan reaksi yang bagus, namun Palace juga tampil dengan baik hingga menghadirkan masalah buat kami.

“Jika Palace berada dalam keadaan terbaik, mereka cukup berbahaya, namun paling penting kami tidak benarkan mereka mencipta lebih banyak serangan balas. Itu petanda positif, namun sudah pasti bukan senang untuk bermain di Selhurst Park.

“Kami melaksanakan tugas kami di City Ground menentang Leicester City walaupun kami jangka ia agak sukar. Tetapi saya mahu pastikan itu yang akan kami lakukan sepanjang masa,” katanya.

Dalam baki tiga perlawanan selepas ini, Forest mungkin tidak berdepan masalah untuk menang ke atas Leicester dan West Ham United tetapi nasib mereka dijangka ditentukan pada aksi terakhir menentang Chelsea.

Selepas mencipta sensasi dari awal musim menyaksikan Forest berada dalam kelompok atasan, prestasi semasa di penghujung saingan nyata menjadi detik paling sukar buat kelab itu yang dipalit masalah prestasi apabila hanya menang sekali dalam enam aksi terakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI