fbpx

Pasukan Malbatt 850-12 di Lebanon selamat, terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAFIZUDDEAIN membuat siaran langsung melalui persidangan video dengan anggota Malbatt yang bertugas di Lubnan pada Majlis Ramah Mesra Panglima Tentera Darat Dan Pengerusi Jemaah BAKAT Darat Bersama Keluarga Malbatt 850-12 Dewan Serigala 6 RRD,  Kem Pulada, Ulu Tiram, Johor Bahru semalam.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang sedang menjalani misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon selamat dan terkawal walaupun berdepan risiko keselamatan.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pelbagai langkah kontingensi telah disedia bagi memastikan anggota sentiasa berwaspada sepanjang masa menjalankan misi.

Katanya, pihaknya sentiasa berhubung dengan pasukan berkenaan selain memberi peringatan agar berjaga-jaga.

“Apa yang kita khuatir adalah sekiranya terdapat tindakan luar kawalan oleh pihak bertelagah, kemungkinan berlaku tembak menembak memasuki kawasan tugasan pasukan kita.

“Tetapi Alhamdulillah, setakat ini tiada insiden sedemikian dilaporkan, tiada insiden berisiko tinggi namun kita tetap waspada,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra PTD dan Pengerusi Jemaah Bakat Darat bersama Keluarga Malbatt 850-12 di Dewan Serigala Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Kem Ulu Tiram di sini, semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI