fbpx

Pasangan kekasih dituduh curi cincin, rantai tangan bernilai RM111,0000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hafiz dan Nur Farwizah ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Pasangan kekasih yang tular mencuri barangan kemas bernilai lebih RM111, 000 dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kedua-dua tertuduh Abdul Hafiz Mohamed Samsudin, 25 dan Nur Farwizah Mohd. Yusof, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan hadapan Penolong Pendaftar Siti Mazrah Mohamad.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu secara bersama-sama mencuri dua bentuk cincin dan tiga rantai tangan emas berjumlah keseluruhan RM111, 743.55 di sebuah kedai emas di Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 4 petang pada 26 April lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi mencadangkan jaminan sebanyak RM6, 000 untuk setiap tertuduh.

Peguam Salahuddin Salam yang mewakili Abdul Hafiz memohon jaminan rendah susulan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung keluarganya.

Nur Farwizah pula dalam mitigasi dibuat Peguam Mohd. Razlan Jalaluddin memaklumkan pihak keluarga bersedia jaminan antara RM3, 000 hingga RM4, 000.

“Anak guam saya masih bujang dengan sebelum ini pernah bekerja sebagai ‘live host’ dengan taraf pendidikan hanya tingkatan lima,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,500 bagi setiap tertuduh dan sebutan semula ditetapkan 11 Jun depan.

Kosmo! semalam melaporkan hanya kerana tiada sumber kewangan kukuh untuk memulakan hidup bersama, sepasang kekasih sanggup mencuri barang kemas bernilai lebih RM111,000 di sebuah kedai emas di sini, minggu lalu.

Selepas seminggu bersembunyi, pasangan itu akhirnya ditahan di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, kira-kira pukul 3.20 petang pada Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek sebelum ini melakukan jenayah mereka dengan berpura-pura hendak membeli barangan kemas itu dengan aksi mereka berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI