fbpx

Wanita maut dicampak dari van di Lebuh Raya Kesas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis ketika berada di lokasi kejadian dimana mayat wanita tersebut dicampak dari sebuah van.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang.

Katanya, pengadu memaklumkan ternampak wanita dicampak dan jatuh dari sebuah van sebelum kenderaan itu beredar.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital,” katanya.

Berita lanjut menyusul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI