fbpx

Leao puas bantu Milan menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEAO memainkan peranan penting selepas masuk sebagai pemain gantian untuk menewaskan Genoa awal pagi tadi. - AFP

GENOA – Pemain sayap sensasi AC Milan, Rafael Leao mengakui puas muncul wira membantu pasukan meraih tiga mata berharga dengan menewaskan Genoa 2-1 dalam aksi Serie A di Stadio Luigi Ferraris awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Rossoneri terpaksa bangkit daripada ketinggalan terlebih dahulu kepada Genoa apabila meraih gol menerusi penyudah Leao dan jaringan sendiri pemain lawan, Morten Frendrup.

Keputusan tersebut menyaksikan Milan meraih 57 mata, hanya dibezakan enam mata dengan pasukan di kedudukan keempat Serie A, Juventus ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Leao mengakui fokus pasukan sekarang adalah memastikan kempen musim ini berakhir cemerlang dalam usaha mereka untuk meraih slot ke kejohanan Eropah.

“Kami tahu peluang untuk layak ke kejohanan Eropah agak mustahil apabila kami menduduki tangga kesembilan ketika ini. Namun, kami perlu cuba meraih mata maksimum dan berharap pasukan lain tercicir mata.

“Kemenangan ini bukanlah berpunca daripada saya, sebaliknya semua pemain bekerja keras. Saya hanya membantu selepas dimasukkan sebagai pemain gantian,” katanya.

Pengendali Milan, Sergio Conceicao mengakui perubahan taktikal yang dilakukan daripada formasi permainan 4-2-3-1 ke strategi 3-4-2-1 semakin membuahkan hasil.

“Pemain sekarang makin selesa dengan formasi baharu dan saya optimis keputusan positif akan dicapai nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI