fbpx

Insiden van sekolah: Pemandu tertinggal budak 5 tahun hingga mati didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU van sekolah yang disyaki cuai menyebabkan kematian Yu Zie akan didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat esok.

ISKANDAR PUTERI – Pemandu yang disyaki melakukan kecuaian tertinggal seorang kanak-kanak lelaki lima tahun di dalam van sekolah sehingga maut dalam kejadian di Taman Bukit Indah, 30 April lalu akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, suspek berusia 56 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, lelaki warga tempatan itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001.

“Kemaskini kes kematian mangsa seorang kanak-kanak di dalam van sekolah dan suspek pemandu van sekolah seorang lelaki tempatan yang telah ditangkap sedang ditahan reman dari 1 Mei hingga 7 Mei 2025.

“Pertuduhan ke atas suspek akan dijalankan di Mahkamah Seksyen Batu Pahat, Johor pada 7 Mei 2025 sekitar pukul 9 pagi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari, 30 April lalu, mangsa, Yu Zie, 5, ditemui tidak sedarkan diri berdekatan pintu van selepas terperangkan hampir lima jam dalam kejadian di Taman Bukit Indah, di sini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai tertinggal selepas pemandu van menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika pada pukul 7.30 pagi.

Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu van berusia 56 tahun kira-kira pukul 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI