PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) terus mencipta persepsi ‘negatif’ di pentas antarabangsa apabila dua lagi kelab dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi semakan di laman sesawang knowledge.fifa.com menunjukkan kelab tempatan yang masih aktif bersaing dalam r musim lepas iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).
Skuad Kijang Emas yang sebelum ini dilihat memiliki reputasi ‘bersih’ telah dikenakan sekatan FIFA bermula 14 Mac 2025dan tidak boleh mendaftar mana-mana pemain baharu pada tiga jendela perpindahan akan datang
Selain KDN FC, satu lagi kelab yang beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-pro, PT Athletic FC turut tidak dibenarkan mendaftar pemain-pemain baharu sejak 14 Mac lepas.
Ini bukanlah kali pertama kelab tempatan diharamkan menandatangani pemain baharu kerana beberapa pasukan sebelum ini pernah menerima nasib yang sama iaitu Kelantan FC, Melaka United, Sarawak United dan Perlis FA.
Berdasarkan rangka kerja undang-undang FIFA, sekatan pendaftaran adalah salah satu langkah disiplin yang dikenakan kepada pasukan oleh badan undang-undang ataupun Tribunal Bola Sepak FIFA.
Sekatan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh dinyatakan dan pasukan-pasukan ini hanya dibenarkan untuk mendaftar pemain baharu selepas tempoh sekatan berakhir atau dibatalkan FIFA lebih awal.