PETALING JAYA – “Saya sayang awak dari pertama kali saya kenal awak, walaupun tahu status awak bini orang dan sehingga sekarang, sampai ke hari yang akan datang.”
Itu antara luahan seorang lelaki yang tanpa segan silu mendedahkan bahawa hatinya sudah terpaut kepada wanita berstatus isteri orang kerana ia adalah tindakan salah.
Tanpa perasaan malu juga, individu berkenaan mendedahkan dia masih berharap agar perasaannya itu berakhir dengan kegembiraan.
“Bodoh kan saya? Dah tahu dia bini orang tapi masih beria nak dekat dia dan nak tunggu, malah berfikir hubungan ini akan punya pengakhiran yang baik-baik juga nanti.
“Walau pada akhirnya, saya sakit sebab berharap berlebihan,” katanya di media sosial.
Luahannya itu mengundang pelbagai respons orang ramai yang rata-rata menasihatkannya supaya tidak berterusan menyimpan perasaan kepada wanita berstatus isteri orang.
“Insya-Allah, abang boleh lupakan apa yang Allah tak suka,” ujar @srikandiislam.
“Sepatutnya dah tahu bini orang awak berundur, ni cari pasal,” komen @NURManja.
“Dulu masa bujang saya mencintai suami orang. Dalam masa sama, saya meminta dan banyak doa kepada Pencipta supaya bertemu jodoh dengan orang yang bujang. Alhamdulillah, termakbul,” kongsi @shereenMuhd. – KOSMO! ONLINE