fbpx

‘Saya pun bekerja juga, bukan terlantar sepanjang masa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas isteri Edika Yusof, Nor Hidayah.

KUALA LUMPUR – Bekas isteri Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri menafikan dirinya tidak waras seperti dakwaan dibuat pelakon, sekali gus memaklumkan dirinya mentalnya sihat.

Nor Hidayah, 47, berkata, dia yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan Edika bahawa tiada benda percuma di dunia ini.

“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.

“Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada benda percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia pun tahu.

“Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia pun saya juga kendalikan,” katanya Kosmo! Online di sini, hari ini.

Nor Hidayah berkata, peringatan tiada percuma di dunia ini baginya memilukan hati, namun dia mampu bersabar menghadapi segalanya lebih dua dekad perkahwinan mereka.

Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendag Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pada pukul 10.42 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI