fbpx

[VIDEO] Lelaki lemas terjunam dalam laut bersama motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas idi dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah di Klang hari ini.

KLANG – Seorang lelaki dipercayai lemas selepas motosikal dinaiki terjunam dalam laut akibat tergelincir di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah di sini, hari ini.

Mangsa berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira pukul 8.17 pagi tadi pada jarak 200 meter dari tempatnya terjatuh selepas dua hari pencarian bermula kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.53 malam Sabtu lalu.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah dan Pelabuhan Klang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat awal, terdapat dua orang lelaki dipercayai terjatuh dari dermaga bersama sebuah motosikal akibat tergelincir.

“Seorang mangsa berusia 30-an telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan seorang mangsa masih belum dijumpai dikhuatiri lemas,” katanya hari ini.

Beliau menambah, usaha pencarian yang dilakukan oleh Pasukan Penyelamat Air hari ini telah berjaya menemukan mangsa tidak jauh dari kawasannya tergelincir.

Ujar Ahmad Mukhlis, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI