fbpx

Budak 11 tahun tahan sakit tangan tersepit celah rim motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit celah rim motosikal di Jalan Tok Wan Don, Balik Pulau, pagi tadi.

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila tangannya tersepit pada rim motosikal dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Tok Wan Don, berdekatan Masjid Jamek Permatang Pasir di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.44 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau dikejarkan ke lokasi kejadian.

”Kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggang seorang lelaki dipercayai bapa saudara dan kanak-kanak tersebut.

”Baju hujan yang dipakai kanak-kanak tersebut dilaporkan tersangkut pada rim motosikal sehingga menyebabkan tangannya tersepit. Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.58 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI