fbpx

Wanita tercampak keluar dari Myvi, maut dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut dilanggar lori tangki selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya di kilometer 26, jalan Lukut-Sepang. -IHSAN POLIS

PORT DICKSON – Seorang wanita maut dilanggar lori tangki selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi setelah pintu kereta berkenaan secara tiba-tiba terbuka di kilometer 26, jalan Lukut-Sepang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, wanita berusia 39 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan kereta yang datang dari arah Sepang menghala ke Lukut terbuka secara tiba-tiba sewaktu melalui selekoh.

“Keadaan itu menyebabkan wanita berkenaan yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh lori tangki yang datang dari arah berlawanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, pemandu kereta, lelaki berusia 34 tahun dan anaknya berumur lima bulan yang berada di tempat duduk hadapan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Maslan, pemandu lori tangki turut tidak mengalami sebarang kecederaan dan rakaman video kamera papan pemuka dari lori tangki telah diperoleh untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI