fbpx

[VIDEO] Tertekan isteri meninggal punca drebar treler meniarap atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar seorang lelaki meniarap di atas jalan raya sebelum ditangkap polis dalam kejadian di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Tular di media sosial mengenai video seorang pemandu treler bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum mundar-mandir dan meniarap atas jalan sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Video itu memaparkan lelaki terbabit turun dari kenderaannya sebelum berjalan, meniarap dan melompat seperti ‘kerasukan’.

Sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian segera menahan lelaki tersebut yang berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perlakuan lelaki yang kelihatan seperti kurang siuman pada pukul 1.20 tengah hari di Jalan Parit Bilal di sini semalam.

Bertindak atas maklumat, polis mendapati pemandu treler tersebut dipercayai mengalami kemurungan.

“Lelaki itu mengalami tekanan perasaan selepas kehilangan isteri. Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas pengaruh dadah.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulanuar berkata, lelaki itu dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk pemeriksaan lanjut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI