fbpx

‘Terima kasih kongsi cinta, jadi lelaki terbaik untuk saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sufian menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-33, semalam.

PETALING JAYA – Sehari selepas sah bergelar suami isteri, isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi, iaitu Rania, berkongsi ucapan manis dan penuh makna sempena hari ulang tahun kelahiran ke-33 suaminya.

Rania atau nama sebenarnya Rania Al-Sadat, 24, memuat naik ucapan tersebut menerusi Instagram Story sebagai tanda penghargaan terhadap kasih sayang yang dicurahkan oleh Sufian.

“Selamat hari jadi, suami saya. Terima kasih sebab sudah berkongsi cinta dan jadi lelaki yang terbaik kepada saya,” katanya menerusi Instagram Story miliknya.

Sementara itu, Sufian yang cukup dikenali menerusi lagu Terasa Ada meluahkan rasa syukur dan menitipkan doa agar kasih sayang antara mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Terima kasih sayang, sayang awak selamanya.

“Alhamdulillah. Semoga Allah rahmati dan kurniakan kasih sayang hingga akhir hayat kita. Orang lain ‘post’ dahulu tetapi awak tetap no.1,” katanya.

Sebelum ini, Sufian pernah mendedahkan putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan kepada Rania sudah dipulangkan.

Namun, jodoh mereka kembali bertaut beberapa bulan kemudian dan pasangan itu selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI