SINGAPURA – Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung operasi tiga kedai kopi di Tiong Bahru, Buangkok dan Ang Mo Kio selama sehari pada 2 Mei lalu ekoran keadaan tandas di premis itu yang kotor, lapor laman berita Stomp hari ini.
Pemegang lesen yang digantung adalah kedai kopi Food Paradise, Yi Jia Foodhouse dan Chop Fung Lik.
Setiap pemegang lesen mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan dan didenda SGD$1,300 (RM4,000) kerana gagal memastikan tandasnya bersih dan berada dalam keadaan baik.
Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura menyediakan peruntukan di bawah Geran Pengubahsuaian Tandas Kedai Kopi baharu bernilai SGD$5 juta (RM16 juta).
Pengusaha boleh memohon kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) untuk pembiayaan sehingga 95 peratus untuk kos pengubahsuaian tandas tetapi dihadkan kepada SGD$50,000 (RM164,000) bagi setiap kedai kopi.
“Pemohon geran yang berjaya juga akan menerima latihan pembersihan tandas di tapak secara percuma di kedai kopi mereka,” kata kementerian itu. – AGENSI