fbpx

Slot terkejut kedudukan semasa Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOT

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui terkejut dengan kedudukan semasa Chelsea menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam ini.

Beliau menganggap Chelsea adalah salah satu pasukan yang memberikan tentangan sengit kepada mereka ketika membuat perhitungan pada pertemuan pertama di Anfield, Oktober lalu.

Bagaimanapun, Slot mengakui mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan Chelsea pada perlawanan malam ini, lebih-lebih lagi The Blues terdesak memburu kemenangan untuk berada dalam kelompok lima teratas.

“Kami bertemu dengan mereka pada awal musim dan saya sangat terkejut mengenai kedudukan ketika ini. Perbezaan (mata) yang cukup besar antara kedua-dua pasukan, jadi kredit kepada pemain-pemain saya.

“Apa yang saya perhatikan, mereka masih kekal dengan corak permainan sama seperti ketika kami bertemu di Anfield. Mereka bermain cukup baik, jadi kami perlu berhati-hati nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi gambaran untuk melakukan rombakan kecil terhadap kesebelasan utama pasukan bagi memberi peluang kepada pemain lain selain dapat merehatkan tonggak-tonggak utama.

“Kesebelasan utama nanti mungkin sedikit berbeza berbanding sebelum ini. Tidak semestinya kami akan tewas kerana semua pemain dalam pasukan ini tahu betapa pentingnya kemenangan kepada pasukan,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI