fbpx

‘Siren kecemasan berbunyi, bomba tidak pernah tanya siapa harus diselamatkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengiktiraf komitmen tinggi dan disiplin luar biasa yang menjadi kekuatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selama ini.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Bomba Sedunia 2025 hari ini, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh warga JBPM dan perwira yang tidak mengenal siang dan malam dalam menjalankan amanah mereka.

“Setiap kali siren kecemasan berbunyi, para anggota bomba tidak pernah bertanya siapa yang harus diselamatkan.

“Mereka terus mara berdepan api, banjir, runtuhan dan pelbagai tragedi demi satu tujuan iaitu menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat Malaysia,” kata beliau.

Poster dimuat naik pada Facebook Zahid Hamidi berhubung sambutan Hari Bomba Sedunia 2025.

Beliau turut mengucapkan ucapan terima kasih atas setiap pengorbanan, keberanian dan semangat waja yang ditunjukkan oleh warga JBPM saban waktu.

“Semoga seluruh warga bomba terus diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menjalankan tugas yang mulia ini. Insya-Allah, selamat Hari Bomba Sedunia 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI