fbpx

 ‘Saya rasa macam kenal Bella Astillah sepanjang hayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saddiq membuat Bella tersipu malu dengan ayat pickup lines bersifat sangat rawak.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berseloroh sudah mengenali pelakon Bella Astillah sepanjang hayatnya meski hanya baru beberapa bulan berkenalan.

Perkara tersebut dikongsi Syed Saddiq menerusi sebuah video milik pelakon, Aidil Azix yang bertanya tempoh perkenalannya bersama Bella.

“YB (Yang Berhomat) sudah kenal Bella berapa lama?” soal Aidil.

Tidak berfikir panjang, dia terus mengeluarkan ‘pickup line’ sekali gus memberi bayangan sebenar tentang status hubungan mereka.

“Walaupun sementara tapi rasa macam sudah selama-lamanya,” jawabnya.

Bella yang ketika itu berada disisinya tersenyum dan tersipu malu mendengar respons Syed Saddiq itu.

Difahamkan, momen tersebut dirakam ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti, Eyka Farhana dan suami tercinta, Akhyar Rashid, kelmarin.

Menjengah ke ruangan komen, rara-rata netizen mula teruja bahkan tidak sabar untuk melihat Bella dan Syed Saddiq bersanding di atas pelamin.

“Cair terus hati dengar ‘pickup line’ YB. 

“Alahai tolonglah kahwin terus. Kepada yang masih solo tolong pindah planet lain.

“Rezeki Bella dapat kenal lelaki seperti Syed Saddiq, semoga kahwin ya!” komen netizen.

Keterujaan netizen terbukti apabila video tersebut meraih lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 87,000 tanda suka.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga digelar sebagai BASS masih rancak menjadi perbualan ramai dalam media sosial.

Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan sedang bercinta keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI