fbpx

Radius pencarian dua beradik Orang Asli dikuatiri lemas diperluas ke 10 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dua beradik Orang Asli yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai hari ini

KUALA KRAI – Pasukan bomba memperluaskan kawasan pencarian dua beradik Orang Asli iaitu Irruwan Rantau, 17 dan Rahidi, 16, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kampung Kilat di sini semalam sehingga radius 10 kilometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian, Zulhilmi Baharudin berkata, peluasan radius itu dijalankan apabila tidak menjumpai sebarang petunjuk selepas kedua-dua mangsa lemas hampir 24 jam.

“Difahamkan, mangsa datang ke ladang di sini bersama datuknya yang berusia dalam lingkungan 60-an bersama 17 pekerja lain dengan menaiki tiga van. Mereka berasal dari Kampung Kuala Rompin, Pahang dan bekerja di tapak projek semaian tembikai milik penduduk di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Zulhilmi memberitahu, pasukannya sudah memohon untuk menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) sekiranya mangsa gagal ditemui sehingga petang ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas ketika mandi berssma tiga rakan mereka di Sungai Kampung Kilat di sini, petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI