fbpx

Pembinaan jambatan kedua Malaysia-Thailand di Sungai Golok diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Muhibbah merupakan pintu keluar Malaysia-Thailand ke Sungai Golok melalui ICQS Rantau Panjang. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

RANTAU PANJANG – Perjanjian antara Malaysia dan Thailand untuk membina jambatan kedua merentasi Sungai Golok di sini tidak pernah berubah dan tetap akan diteruskan oleh kedua-dua negara..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia perlu membuat persiapan untuk tiga komponen utama yang melibatkan dasar tiga kementerian utama iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan.

“KDN bertanggungjawab membangunkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu, manakala komponen kedua di bawah KKR kerana berkaitan dengan laluan selepas jambatan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke sempadan Malaysia-Thailand di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ibrahim Pencen, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, komponen ketiga pula melibatkan Kementerian Pengangkutan berikutan terdapat cadangan daripada Kerajaan Thailand agar perkhidmatan kereta api mereka bermula dari Bangkok dapat berakhir di Rantau Panjang.

Kata beliau, KDN berdepan beberapa kekangan dalam usaha mewujudkan kompleks ICQS baharu terutama menyelesaikan proses pengambilan tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI