fbpx

Pangkalan haram Sungai Golok tutup, penyeludup dadah beralih ke perairan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA melakukan kawalan sempadan Sungai Golok di Pos PGA Ibrahim Pencen, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

RANTAU PANJANG – Penguatkuasaan ketat di kawasan 212 pangkalan haram sempadan Malaysia-Thailand dekat Sungai Golok di sini sejak 1 Disember lalu menyebabkan sindiket penyeludupan dadah berkemungkinan besar mengubah haluan dengan menjalankan kegiatan tersebut melalui perairan utara tanah air terutama Kedah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat selepas berlaku peningkatan kes dadah di negeri berkenaan selain berkemungkinan besar kawasan kuala di Kedah seperti Kuala Kedah, Kuala Sanglang dan Kuala Jerlun menjadi lokasi baharu penyeludupan.

“Walaupun trend penyeludupan dadah di Kelantan menunjukkan penurunan, namun ia masih ada dan belum boleh dianggap signifikan” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Ibrahim Pencen di sini hari ini.

Saifuddin memberitahu, selain dadah, sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sejauh 103 kilometer turut menjadi lokasi penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI