fbpx

Matahari Height: Lelaki maut dirempuh van langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van yang melanggar lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat Persimpangan Lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi tengah malam tadi.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat Persimpangan Lampu isyarat Matahari Height menghala ke Paroi tengah malam tadi.

Kejadian pukul 12.10 tengah malam itu berlaku di lokasi sama kemalangan tragis yang meragut nyawa tiga remaja membabitkan Honda Jazz pada 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 20 tahun dan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 44 tahun bersama seorang penumpang perempuan berumur 20 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Bahau.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pemandu van itu dipercayai telah gagal berhenti di lampu isyarat warna merah lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.

“Akibat kemalangan ini, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang van Toyota Hiace tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan pemandu van telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini.- KOSMO! ONLINE

@luvcocolatee Kemalangan maut lagi sekali di traffic light senawang. Kejadian sama, Traffic light sama. Melibatkan van dengan motor. tolong la fokus dengan traffic light #senawang #exsiden #matahariheightsenawang #alfatihah ♬ i was only temporary – my head is empty

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI