fbpx

Menikamnya, Zulin Aziz mengata siapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGAKNYA, siapa makan cili dia yang merasa pedas. Entah siapalah yang ditegur Zulin dalam satu hantarannya baru-baru ini.

TIADA angin tiada ribut pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengingatkan seseorang agar jangan suka masuk campur hal dalam kain individu lain.

Katanya, orang yang suka menyibuk hakikatnya secara sedar sudah membuka aib pihak lain sedangkan diri sendiri juga mempunyai kekhilafan.

Bahkan, artis yang aktif menzahirkan pandangan dalam media sosial itu juga turut mengingatkan aib kita sebenarnya telah ditutup Allah.

Jadi Zulin meminta janganlah kita sesuka hati suka menyebarkan hal orang selain buat sahaja hal sendiri.

Biarpun Diva tak pasti peringatan itu ditujukan kepada siapa, secara tidak langsung luahan Zulin bagi ‘wakeup call’ buat kita semua.

Betul ke tidak? Jadi mari kita elakkan memalukan orang lain, lebih-lebih lagi yang langsung tiada kaitan dengan diri kita.

DIVA: Terbaik, havoc sangat Konsert gengKRU malam. Teringat zaman KRUmania dulu-dulu’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI