PETALING JAYA – Perdana Menteri yakin isu melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dapat dirungkai dengan berhemah berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah bercakap dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.
Jelasnya, sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya.
“Sementara itu, atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,”katanya pada hantaran di laman Facebook.