fbpx

Dua maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengalihkan salah seorang penunggang yang maut selepas dua motosikal bertembung di Jalan Sungai Kechil, tengah malam tadi.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung sebelum terbakar di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, tengah malam tadi.

Difahamkan mangsa yang masing-masing yang berusia lingkungan 40-an itu maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap akibat kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada jam 12.16 tengah malam tadi.

“Sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Didapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah motosikal terbakar yang dianggarkan musnah kira-kira 80 peratus.

“Seorang mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki akibat tersepit dan melecur maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa yang melecur 50 peratus diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut sebelum disahkan turut meninggal dunia,” katanya.

Kerja pemadaman kebakaran dapat dapat dikawal pada 12.32 tengah malam dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.25 pagi.

Terdahulu tular rakaman berdurasi 17 saat di media sosial yang memaparkan insiden kemalangan terbabit menyebabkan motosikal terbakar dan mangsa bergelimpangan di atas jalan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI