fbpx

Dion Cools impi gelaran quadruple

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS (kanan) berhasrat membantu Buriram menjuarai tiga lagi trofi selepas ini setelah berjaya memenangi Liga 1 Thailand. - BURIRAM UNITED

TONGGAK Harimau Malaya, Dion Cools mula terbayang untuk menamatkan saingan musim ini dengan meraih gelaran quadruple bersama Buriram United selepas menjulang trofi Liga 1 Thailand awal minggu ini.

Skuad Thunder Castle itu menjuarai kejuaraan liga utama Thailand dengan mengutip 70 mata selepas mengharungi 30 perlawanan dan dibezakan satu mata berbanding pencabar terdekat, Bangkok United.

Cools mengakui cukup teruja apabila dapat membantu Buriram menjuarai trofi Liga 1 Thailand buat musim ketiga berturut-turut sejak berhijrah ke Thailand pada awal tahun 2023.

“Juara Liga Thailand kali ketiga buat saya secara peribadi dan keempat berturut-turut buat kelab. Kami akan terus bekerja keras dan memburu tiga lagi trofi pada saingan musim ini,” kata Cools dalam status di laman Facebook peribadinya.

COOLS

Selain saingan liga, Buriram yang dikendalikan oleh Osmar Loss turut bersaing dalam kempen Piala FA Thailand, Piala Liga Thailand dan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) pada bulan ini.

Cools sebelum ini turut mencipta sejarah apabila menjadi kapten Buriram ketika aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Al Ahli sebelum tewas 0-3 bulan lalu.

Menurut laman transfermarkt.com, kontrak pemain pertahanan itu yang memiliki tanda harga bernilai  €1 juta (RM4.8 juta) bersama Buriram bakal berakhir pada 30 Jun depan.

Cools yang memiliki darah kacukan Malaysia-Belgium pernah mewakili beberapa kelab Eropah seperti OH Leuven, Club Brugge, Midtjylland dan Zulte Waregem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI