KALAU masuk bab pasangan artis paling dicemburui, calon utama tentu sahaja selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Sudah sedekad bergelar suami isteri, namun layanan aktor itu kepada Hanis atau mesra disapa Kek Nis tetap macam baru semalam mereka naik pelamin.
Rupa-rupanya Hairul bukan sahaja melimpahkan kasih sayang serta kejutan manis buat ibu kepada dua anaknya itu, bahkan tetap meneruskan rutin seperti awal berkahwin.
Diva difahamkan Hairul akan menghantar mesej romantis kepada Hanis setiap malam meskipun mereka tinggal serumah.
Katanya, mereka bermesej tiap-tiap malam sebelum tidur yang dirasakan semakin mewarnai lagi rumah tangga mereka.
So sweet! Tak payah nak tunjuk bertindih-tindih kaki atau berlaga-laga pipi untuk eratkan hubungan, bertukar mesej pun petua yang boleh kita ikut.
DIVA: Khabarnya Hael Husaini dengan Dayang Nurfaizah sudah perincikan hari bahagia mereka.