fbpx

Bengkel kenderaan terbakar di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bengkel kenderaan yang terlibat dalam kebakaran, pagi tadi. FOTO JBPM

PUCHONG – Sebuah bengkel kereta dan motosikal terbakar dalam kejadian di Bandar Puchong Jaya, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 11.04 pagi sebelum menggerakkan jentera dan anggota ke lokasi kejadian.

Ia membabitkan 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Sri Kembangan dan BBP Damansara.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Muhammad Azizulhakim Idris berkata, kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta dan motosikal bangunan kelas B.

“Kedua-dua premis dianggarkan terbakar 70 peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

“Ketik ini, anggota sedang melakukan pemadaman di lokasi kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI