fbpx

Antony seperti ‘pisang goreng panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY kembali membuktikan sentuhan berbisanya sejak menyertai Real Betis secara pinjaman. - AFP

MANCHESTER – Kelab La Liga yang berminat untuk menandatangani khidmat pemain sayap sensasi Manchester United, Antony perlu mengeluarkan dana sekurang-kurangnya £34 juta (RM192.81 juta) pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka bulan depan.

Antony dilihat kembali menemui sentuhan emasnya sejak berhijrah menyertai Real Betis secara pinjaman daripada United apabila kini sudah menjaringkan enam gol selain turut membuat enam bantuan jaringan dalam 19 perlawanan.

Prestasi tersebut membuka mata banyak pasukan berpengaruh di Sepanyol termasuk Atletico Madrid yang dikatakan sedia untuk membida khidmat bintang Brazil itu secara tetap.

Berdasarkan laporan, pengurusan United tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Antony selepas namanya tidak berada dalam perancangan jangka panjang pasukan kendalian Ruben Amorim itu.

Namun, United tidak mahu mengalami kerugian selepas mengeluarkan dana besar sebanyak £86 juta (RM485 juta) untuk menandatangani khidmat Antony daripada Ajax Amsterdam pada 2022.

Justeru, United sedia untuk berbincang dengan mana-mana pasukan tetapi meletakkan tanda harga bernilai £34 juta (RM192.81 juta) hingga  £42 juta (RM238.18 juta) bagi pemain sayap lincah berbakat besar berusia 25 tahun itu.

Sebagai rekod, Antony sebelum ini dikritik hebat apabila hanya menyumbat 12 gol dalam 96 penampilan bersama United tetapi masih berjaya membantu pasukan bermasalah itu menjulang trofi Piala FA dan Piala Liga Inggeris.

Menariknya, Antony seakan kembali menemui magisnya bersama Real Betis termasuk meledak satu gol ketika menewaskan Fiorentina 2-1 pada separuh akhir pertama Liga Konferens Europa kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI