fbpx

ACD 2025 medan koperasi ASEAN teroka bidang baharu – Abdul Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (tiga kiri) bersama Abdul Fatah melakukan gimik Pra Peluncuran ASEAN Cooperative Dialogue (ACD) 2025 di ANGKASA di sini hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – ASEAN Cooperative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang berlangsung pada 13 dan 14 Mei inu akan membuka peluang bagi koperasi di sembilan negara ASEAN untuk meneroka bidang baharu.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, jika sebelum ini kebanyakan koperasi di ASEAN hanya tertumpu kepada bidang pertanian sahaja.

Sedangkan katanya, koperasi sebenarnya boleh merentasi pelbagai sektor ekonomi lain sekali gus memberikan hasil lebih lumayan kepada koperasi dan ahli mereka.

“Banyak lagi sektor ekonomi lain yang boleh koperasi teroka antaranya peruncitan, perladangan, kewangan serta kesihatan. Namun kebanyakan negara ketika ini hanya fokus kepada pertanian sahaja.

“Jadi kita harap dengan adanya dialong ini, peranan dan sumbangan koperasi diangkat menjadi satu wadah yang lebih besar merentasi segala sektor,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pra Peluncuran ACD2025 di Wisma Ungku A. Aziz, di sini hari ini.

Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) memberitahu, dialog tersebut juga akan membincangkan perkara berkaitan pengiktirafan koperasi di negara masing-masing.

“Kalau di Malaysia memang kerajaan telah mengiktiraf koperasi sebagai sektor ketiga terpentingselepas sektor awam dan swasta. Kita juga akan mencadangkan supaya dalam setiap negara ASEAN mesti ada satu kementerian yang akan menjaga koperasi.

“Sebagai contoh di Malaysia kita ada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), begitu juga di Indonesia yang telah mempunyai kementerian sendiri (yang menjaga koperasi,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, penganjuran ACD 2025 juga merupakan peluang terbaik untuk menampilkan pencapaian koperasi Malaysia di pentas serantau khususnya dalam sektor pendidikan, komuniti dan pengguna.

“Inisiatif ini juga membuka potensi baharu untuk koperasi kecil dan sederhana menembusi pasaran ASEAN melalui konsep Cooperative-to-Cooperative (C2C), sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari akar umbi,” jelasnya.

ACD 2025 dianjurkan sempena Tahun Koperasi Antarabangsa dan Kepengerusian ASEAN bakal menghimpunkan 150 orang peserta termasuk pemimpin- pemimpin koperasi dari sembilan buah negara ASEAN.

Antara aktiviti utama yng akan dianjurkan termasuklah ASEAN Cooperative Product Showcase; ASEAN Cooperative Forum 2025 (ACF 2025) dan ASEAN Cooperative High-level Discussion 2025 (ACHLD 2025) yang akan menghasilkan resolusi ACHLD 2025 .

Dengan kekuatan lebih 300,000 buah koperasi menerusi 65 juta anggota, koperasi ASEAN mencatat perolehan berjumlah USD 78.9 bilion menerusi aktiviti perdagangan, pertanian, pelancongan, pendidikan, perkhidmatan kewangan dan terkini dalam sektor digital serta produk halal.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI