fbpx

[VIDEO] Duit syiling RM10,000 ‘keluar’ dari pintu tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hasil simpanan tabung di dalam pintu tandas berjumlah RM10,000 dibuka setelah lima tahun.

PETALING JAYA – Sebuah pintu tandas dijadikan sebagai tabung simpanan, dibuka setelah selama lima tahun membawa hasil sebanyak RM10,959.75.

Menerusi hantaran pemilik akaun di platform TikTok @kachacha528, terlihat pintu tandas berisi penuh dengan duit syiling hasil simpanan berjaya dikeluarkan dengan cara mencungkil dengan menggunakan pisau.

Menurut pemilik akaun yang dipercayai merupakan warga Indonesia, cara menabung yang unik itu dikatakan melalui lubang yang telah dicungkil pada pintu sejak lima tahun yang lalu.

“Duit masuk ikut lubang yang ada di pintu.

“Pintu yang dicungkil akan diganti secara percuma,” jelasnya.

Tinjauan dari ruangan komen, ramai yang kagum dengan cara unik menyimpan duit syiling yang dikumpul sejak bertahun-tahun melalui lubang pintu tandas tersebut.

“Ini mesti setiap kali masuk tandas bayar biarpun rumah sendiri,” tulis @owner.hilang.

“Lepas ni aku nak tengok la pintu tandas rumah aku, mana tahu suami aku menabung dekat pintu tandas pula,” @manjaa_.

“Pintu rezeki yang sebenar,” komen @libra. – KOSMO! ONLINE

@kachacha528 AMIN🤲🏻❤️🤣 #KuatCOD📦 #oderbarangtiktok #Cod #viralvideo #foryoupage #bismillahfyp #foryou #bugispride🏝️🔥 @CEO⚡️Y16pco🚀 ♬ suara asli – Anggadermawan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI