fbpx

Tentera maut motosikal terbabas di lebuh raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas di KM 237.3, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), awal pagi tadi. - IHSAN POLIS
REMBAU – Seorang anggota tentera berpangkat lans koperal maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Kilometer 237.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, di sini awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian pukul 4.40 pagi, Muhammad Roufeq Amanda Mohamad Rozman, 23, yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur disahkan maut di lokasi akibat parah di kepala.
Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Bakri, Muar, Johor.
“Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas di lorong kecemasan.
“Akibatnya, anggota pertahanan itu cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI