fbpx

Tang Jie-Ee Wei mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kiri) dan Ee Wei gagal memberikan mata pertama apabila tewas kepada Yan Zhe-Dong Ping semalam. - BAM

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dilihat masih belum ‘tajam’ untuk mengendalikan tekanan di pentas besar selepas tunduk kepada gandingan utama dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di suku akhir Piala Sudirman semalam.

Dalam aksi pembukaan menentang tuan rumah di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, mereka tumpas straight set 17-21, 18-21 sekali gus gagal menghadiahkan mata pertama kepada Malaysia yang akhirnya akur dengan kekalahan 0-3.

Tang Jie mengakui gagal memanfaatkan beberapa mata penting sekali gus membuka ruang kepada beregu China untuk mencipta kemenangan.

“Ada tiga mata penting kami tak mampu atasi. Kami tidak mampu bangkit mencari mata untuk mendahului perlawanan,” katanya.

Malaysia dihukum menerusi kekalahan perseorangan lelaki dan wanita apabila Leong Jun Hao tumpas kepada Shi Yu Qi, manakala K. Letshanaa tidak mampu menyekat kemaraan Chen Yu Fei.

Ee Wei pula melihat perlawanan mereka sebagai seimbang, namun mengakui lawan jauh lebih konsisten dan tidak banyak buat kesilapan mudah.

“Sebenarnya perlawanan 50-50, mata demi mata. Kesilapan kami sendiri jadi faktor pemisah. Mereka lebih kemas dan tenang.

“Kami minta maaf tak dapat berikan mata pertama buat Malaysia. Kami akan bangkit semula,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah mara sebanyak tiga kali ke separuh akhir pada 2009, 2021 dan 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI