MUTAKHIR ini, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai apabila ketagihannya terhadap ‘filter’ TikTok semakin menjadi-jadi.
Lucu dan dipuji comel, itu antara yang membanjiri ruangan komen Siti selepas dilihat aktif memuat naik video dalam TikTok.
Paling mencuit perhatian apabila pelantun lagu Anta Permana itu menggunakan filter wajah pelakon Hollywood, Aishwarya Rai.
Rata-rata netizen berpendapat Siti semakin hari semakin kelakar dan perkara yang dilakukannya juga di luar kotak ramai.
“Makin rosak Siti sekarang tapi kelakar. Banyak betul perkara rawak dia lakukan.
“Tidak sangka Siti kelakar orangnya. Terhibur tengok gelagat biduanita kesayangan ramai ini,” usik netizen.