fbpx

Selamatkan Fayyadh, dana tak cukup RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fayyadh Hadif memerlukan dana besar untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di China.

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki masih memerlukan RM100,000 lagi bagi membolehkannya menjalani pembedahan pemindahan hati yang menelan belanja hampir RM200,000.

Difahamkan, kempen derma yang dilaksanakan sejak 21 April lalu untuk Muhammad Fayyadh Hadif Masli, 4, hanya dapat dikumpul sebanyak RM98,607 sedangkan kos pembedahan diperlukan ialah sebanyak RM185,000.

Bapanya, Masli Bojeng berkata, anaknya menghidap penyakit kritikal Biliary Atresia (kegagalan fungsi hati) sejak lahir dan kali pertama dikesan ketika dia berusia dua bulan.

Katanya, anaknya telah menjalani pemindahan hati pada 29 Mac 2023, namun mengalami kompikasi serius selepas hati ibunya, Hanifah Salah rosak.

“Baru-baru ini dia dimasukkan ke unit rawatan rapi kanak-kanak selama dua minggu akibat serangan virus.

“Pembedahan kali kedua di Hospital Renji Shanghai, China tidak boleh ditangguhkan lagi memandangkan doktor kata saluran darah Muhammad Fayyadh umpama bom jangka yang boleh pecah pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Masli, hasrat ke Shanghai terpaksa ditangguhkan kerana dana belum mencukupi.

Tambahnya, Fayyadh kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan bergantung sepenuhnya kepada Nutrisi Paranteral.

“Bacaan darah, kuning, ammonia dan bilirubin perlu dipantau dari semasa ke semasa. Saya sendiri akan menjadi penderma hati buat anak,” katanya.

Ujar Masli, doktor akan mengambil antara 23 hingga 33 peratus hatinya untuk dipindahkan kepada anaknya.

“Pembedahan itu sangat berisiko tetapi kami tiada pilihan. Hospital Shanghai pula hanya memberi beberapa slot pembedahan antarabangsa dan perlu bersedia bila-bila masa untuk berlepas sekiranya sudah tiba giliran,” katanya.

Menurut Masli, ketika ini dia dan isterinya berada di PPUM untuk menjaga Fayyadh sejak 17 Mac lalu.

“Saya berulang-alik dari Rumah Ronald McDonald di Hospital Tuanku Azizah untuk memasak dan membasuh pakaian,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat Biliary Atresia Malaysia Association di nombor 1102310504 dengan rujukan Adik Fayyadh.

Orang ramai boleh menghubungi BAMA di talian 013-222 8576, bapa (Masli) di 019-834 9065, atau ibu (Hanifah) di 013-560 3411 untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN