fbpx

‘Rider’ kena maki gara-gara bunyikan hon, panggil mak cik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang penunggang p-hailing tidak menyangka tindakannya membunyikan hon motosikal di hadapan rumah pelanggan yang menempah makanan menyebabkan dirinya dimarahi oleh penghuni rumah berkenaan.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, wanita tersebut merakam seorang penghuni rumah berkenaan memarahinya kerana membunyikan hon selain memaklumkan tidak membuat sebarang pembelian makanan menggunakan perkhidmatan p-hailing berkenaan.

“Tadi saya pergi hantar makanan, sampai depan rumah orang itu saya panggil bagi salam. Nampak pintu dia terbuka, tak akan saya nak pergi jenguk pula dekat pintu lepas itu saya hubungi pelanggan tapi tak berangkat.

“Tiba-tiba dia keluar rumah panggil saya, hamun saya. Terkejut saya tiba-tiba kena hamun. Orang tanya elok-elok siapa punya pesanan, manalah tahu kalau saya salah rumah,” tulis hantaran video berkenaan.

Selain itu, wanita itu juga dimarahi kerana memanggil individu berkenaan dengan gelaran mak cik.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penghuni rumah tersebut yang dikatakan tidak berbudi bahasa.

“Kenapa dia nak marah-marah begitu sekali? Di perumahan saya pun biasa saja dengar ‘rider’ hon nak bagitahu tuan rumah makanan dah sampai,” kata Auni.

“Anak yang order.. Kenalah selidik dulu mak cik jangan marah-marah, jaga tutur bahasa,” kata Aisyah.

“Janglah terjerit-jerit. Kasihan yang hantar, dia cari makan bukan banyak dapat upah. Cubalah selesaikan elok-elok,” tegur Zarina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI