fbpx

Ribut petir di Selangor, Negeri Sembilan hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Selangor dan Negeri Sembilan sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di beberapa kawasan yang terjejas di Negeri Sembilan termasuk Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, dan Rembau,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI